Wednesday, October 27, 2010

Puding Roti 'malas style'

orang tamak telah beli ' 2 long stick of french bread' selepas 2 hari tersadai... maka terpaksalah mengadakan aktiviti menyelamat.. roti potong2 cmpur kismis
masak susu+ telur + gula + esen vanila + butter + sikit tpg jagung...
tuang atas roti ... biarkan 1/2 jam...
tabur rolled oat n serbuk kayu manis.. n bakar
dah bakar..
siap... tak sabo.. mkn panas2!!... ada 1 lagi long stick...

Thursday, October 21, 2010

BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

Banyak kerjaaaaaa...................... kerja yang ada tak siap-siap, tambah lagi kerja lain, ada juga kerja yg tak pernah siap... hari terus berganti... aaaaaaaarggggggggggggggg.... jap jer dah nak hujung tahun... bila dah sampai hujung tahun maknanya.. tentu ada janji2 manis yg nak kene tunaikan... dlm suasana 'budget negara' yang tak besss ni.. kenalah redha kan.. jomlah pi dapur.. buat teh 'o'..

BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY
(Sumber : Rinnchan)
BAHAN-BAHAN:

INTINYA :
6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"

CARA-CARA:
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.


(Sila ke dapur Rinnchan utk melihat step2] TQ Rinnchan.

Sunday, October 10, 2010

Puding Karamel 2

Sambung cerita makan2 raya 2 hr lepas.. puding karamel yg saya ubah suai sikit adunan nya.

Bahan2
5 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan air
1 sb tepung jagung
3 sb esen vanila
4 sb gula utk gula hangus

Cara2
1. Cairkan gula dalam loyang(aluminium) atas api sederhana kecil. Masak sampai gula
kekuningan. Bila dah cair... lenggang2 loyang supaya gula rata
2. Pukul telur hingga berbuih kemudian masukkan susu pekat
3. Masukkan air dan tepung jagung,kacau rata.
4. Tuang adunan dalam loyang dan kukus hingga masak (Anggaran 30 minit)
5. Bila dah sejuk terlangkupkan puding.

Spagheti - versi ayam
Tauhu Sumbat- sambal tauhu rspi dari dapur abort...
Sup Tulang /Soto Daging
Minuman- Air kelapa laut plus laici...

Saturday, October 9, 2010

29 Syawal - MARBLE CHEESE BROWNIES

Makan-makan di penghujung Syawal..untuk memenuhi hajat kawan2 perempuan di bilik guru utk bertandang ke rumah, selepas hampir 2 minggu bergilir2 bertandang ..tiba giliran saya pulak... terima kasih kepada semua kawan yg berkunjung n minta maaf atas ketidakselesaan.. terpaksa berhimpit2 di ruang yang sempit itu.. antara menu kegemaran keluarga yang sempat dikerjakan.. Marble Cheese Brownies, Chewy Goewy Yummy Brownies, Sup Tulang (Soto ), Spaggethi,Puding Karamel n Air Kelapa Laut..

rspi Plain Brownies dari dapur Cetusan Selera - Leen (sumber dari dapur Diana) yang telah di 'marble cheese' kan.. (Rspi Topping cheese: asal Rinchan).. hasilnya tetap memuaskan (coz saya tak begitu gemar dengan rasa soda bikarbonat dlm makanan)

(Sumber: Copy paste dari Cetusan Selera)
Ingredients
250 gm butter
1 1/2 cup of sugar -kalau nak topping, boleh kurangkan...
4 eggs
2 tsps of vanilla essence
1/2 tsp of baking powder
1 cup of plain flour
3/4 cup of cocoa powder
1/2 cup of chopped nuts -tak letak coz nak di 'marble cheese 'kan

Method
1) Melt butter over slow fire, turn off the fire and add sugar. Mix with whisk.
2) Add in the eggs and vanilla, continue whisking.
3) Add in flour together with baking powder and cocoa and mix well.
4) Add in nuts ( you can also add in chocolate chips into the batter or sprinkle sliced almonds on top of the batter before baking )
5) Pour into a lined tray ( 12" x10") and bake in a preheated oven for 25 - 30 minutes at 180degrees celcius.
-masa dan suhu bergantung oven masing-masing, namun brownies jangan terlebih masak, nanti ia tenggelam, bila dah nampak tepi2 tu dah lekang dah masak biasanya
( saya bakar anggaran 25 minit)

(Sumber : Dapur Rinchan)
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

* SELEPAS 25 MINIT SAYA TUANGKAN ADUNAN CHEESE N BAKAR LAGI 10 MINIT API ATAS N BAWAH, 5 MINIT API ATAS.. SELEPAS NI KENA BAKAR 2-3 MINIT SHJ.. SUPAYA DAPAT PERMUKAAN YANG LEBIH CANTIK)

Marble Cheese Brownies
Chewy Gooey Yummy Brownies

Wednesday, October 6, 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies 2

Salam utk semua... dlm mud malas nak meng'update' sebenarnya.. masih sibuk menanda kertas pep percubaan stpm dgn due date pd 13 Okt ni.. hari ni saja2 warm up manja2 testing menu utk mjamu kawan2 pada jumaat ni.. last raya..
puasa tak cukup 30 hari... raya tetap 30 hari.. hasil selongkar rspi dapur kzai hari ni.. dapat lah hasil brownis yg sangat sedap ni.. rspi asal dr diana n CP dari dapur kzai yer.. resepi juga ada di SINI ..tq kakzai.. along n kzai.. kita dah buka baju raya hari ni tau .. hihihihi..

Sumber : Dari dapur Teratak Impian
Ingredients

125g butter
200g dark chocolate -
3 eggs
1 ¾ cup caster sugar - kurangkan jd 1 1/2 cup je
1 tsp vanilla essence
1 ½ cup plain flour (sifted)
1/3 cup cocoa powder (sifted)
2 cups chopped nuts of your choice

Method
1. Preheat oven to 180 degrees celcius. Brush a shallow 8x11 inch tin with melted butter. Line the base with baking paper, extending over the two long sides.
2. Double-boil butter and dark chocolate until melt. Add caster sugar, mix well. Remove bowl of mixture from pan of simmering water.
3. Add eggs, one at a time. Mixing thoroughly with every addition. Add vanilla essence. Mix well.
4. Add sifted flour and cocoa powder. Mix well. Add nuts. Mix well.
5. Pour mixture into the prepared tin and bake for 30 minutes.
6. Allow to cool before cutting into pieces.


Saturday, September 18, 2010

AIDIL FITRI 2010



Anak2 abah yg ada masa raya pertama.. pok da n family, oteh n acu yg masih available.. n kak long(dzana) family yg memang tetap n bpencen braya dengan abah... makndak pulak bermlm raya di rmh mertua.. sobsobsob....

sesi menutup buku lama... jgn buka buka baru yer...


sesi menghitung 'hasil'... kira dik jgn tak kira...

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDIL FITRI

Salam aidil fitri buat semua sahabat n kenalan yg tidak jemu berkunjung di blog ini.. Ampun dan maaf juga dipohon atas kesalahan n kesilapan . Semoga ikatan persahabatan terjalin erat.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ZAHIR N BATIN..
kad raya hana
kad raya Along Roz
Kad raya Catlina
kad raya Doc Inahar...

Saturday, September 4, 2010

Biskut Dahlia

Yehhhhhhh.... panazzzz ... baru keluar oven...kalau maz dah berbalang2 mngodeh biskut, begitu juga nurindah .. alongroz n n dik ika bangkok kita tu.. ... saya baru ada kesempatan nak join aktiviti ini... terpandang biskut dahlia di dapur Cik Mat Gebu.. hati terus terpikat.. jatuh chenta... walaupun rupa biskut kita tak secantik Cik Mat punya.. tapi tetap rasa puas hati n harap2 rasanya juga akan memenuhi selera.. petang masa berbuka nnti baru dapat merasa... Saya minta izin CP rspi ni disini.. utk rujukan di masa depan.. TQ cik mat n Norazie RN kerana berkongsi resepi
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)

300 g mentega /saya guna SCS
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)/ saya guna copy paste.. saja suke2..
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sotong Goreng Tepung

Masakan yang baru sempat nak N3.. Resepi kalau tak silap dari dapur che iza... tak smpt nak selongkar .. hari tu salin jer atas kertas.. nnti bila2 ada masa saya letakan rspi utk dkongsi bersama...
sayur kacang masak campur2...

Daging Rebus vs Air Asam

Menu2 berbuka yag dah terlepas... daging malas nak bakar .. kita rebus jer lawan dengan air asam.. rspi air asam ada di SINI... memang tak mngecewakan.. dah berkali2 menggunakan rspi ni.. TQ ika

Thursday, August 26, 2010

Mango Smoothie

Penyegar tekak... resepi mudah jer ni.. CP dari dapur dik ina (hana jepun)...

Bahan-bahan

  • 1 cawan tembikai dadu - buang biji ..ganti mangga...
  • 1/3 cawan air
  • 1/3 cawan yogurt plain
  • 2 sudu besar gula@madu
  • Air batu secukupnya -
Cara-cara
  • Blend semua bahan hingga smooth.
  • Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dengan daun pudina.
  • Hidangkan.

Sup Tulang Berempah

Mencuba sup tulang berempah dari dapur Nur... sambal kicap tak pernah lupa.. mesti berpeluh2 makan... Terima Kasih Nur berkongsi rspi.. minta izin CP rspi di sini ya..

Sumber : My Little Kitchen.
Bahan-Bahan

~~~~~~~~~~
1 kg tulang kambing dicuci bersih dan direbus hingga isinya lembut(guna tulang lembu)
1 biji bawang besar dikisar
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
4 sudu makan serbuk ketumbar
3/4 biji buah keras dikisar
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan kasar
1/2 sudu teh kunyit serbuk
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit bawang goreng dan daun sup untuk taburan

Bahan Untuk Menumis
~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
3 biji bawang kecil dihiris nipis

Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Rebus tulang hingga empuk dan air rebusan jangan dibuang. Masukkan serai dan halia untuk menghilangkan bau.

2. Apabila tulang empuk, kaup minyak diatas tulang tadi dan dibuang.

3. Panaskan kuali, masukkan bahan tumis dan tumiskan hingga naik bau. Apabila telah naik bau masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik bau.

4. Masukkan kedalam periuk yang berisi tulang tadi. Kacau rata dan masak dengan api yang kecil. Apabila telah masak taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.

Wednesday, August 25, 2010

Yong Tau Fo

Puasa2 ni kalau banyak merayau ke dapur kaki2 masak.. maka byk lah yg teringin nak makan... kali ni teringin nk makan YTF pulak... kalau tak silap mula2 tu nmpk kt dapur dik ika bangkok selepas tu kat dapur maz... resepi di CP dari dapur Maz.. sumber dari MYR.. tq semua...

Sumber Resipi : Minami Myr
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering -
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula (kalau kurang manis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
  • sedikit kicap manis -

Cara-cara

1.Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. Setelah garing angkat dan kisar dengan sedikit air.

2.Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

3.Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

4.Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


sayur bak coy goreng sos tiram..

Salad Buah-buahan

Cara nak menghabiskan buah2 yg terperap lama dlm peti ais tu.. buah2 plus mayonis... tabur kismis..

Tuesday, August 24, 2010

Home made Cendol

Mai minum... cendol...terliur tgok kat dapur hana jepun tadi.. cendol susu mix cincau.. guna susu marigold low fat.. jaga badan.. hikhikhik
resepi dari Jurnal resepi Bdaria..... tq Bdaria berkonsgsi.. minta izin CP resepi disini...

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air

saya guna ini....

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis.. harap2 aimman suke... hihihi.. favorite dia la ni...

Bahan2 nya:
1 cwn tepung gandum*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat*
1 biji telur*
sedikit garam*
pewarna hijau & paste pandan*
2 sudu butter atau minyak masak*
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan utk menyapu acuan

Cara2:
  • Masukkan bahan * ke dlm blender n blender sehingga sebati
  • Panaskan acuan dgn api yg kecil,sapukan minyak pada lubang2 acuan.
  • Tuangkan bancuhan ke dalam lubang acuan.
  • Masukkan sedikit gula (1/2 sudu kecil) pada setiap kuih yg separuh masak.
  • Tutup acuan dgn penutup periuk n biar hingga masak. Ulang sehingga habis

Ramadhan 14: Ayam Masak Paprik

Resepi dari copy paste dari dapur Recipes for Keeps.. pemilik dapur kata resepi dari Jun.... terima kasih kerana berkongsi resepi yg simple ni.. mesti sedap kan!!

Ayam Masak Paprik

Bahan2(untuk 2-3 orang makan):

200g isi ayam yang di hiris2(bahagian dada atau peha)
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
1 batang serai di titik
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis

(campurkan semua bahan di bawah di dalam mangkuk kecil)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

Sayur:
kobis bunga,di potong kecil
lobak merah, dihiris2
babycorn, di potong2


Cara2:

-Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- masukkan campuran sos2 tadi,kacau2 sekejap, kemudian masukkan sayur2,ayam,serai,daun limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak (kira2 10 minit).... (SAYUR MASUK SAYUR KEMUDIAN)...
- Sedia untuk di hidang.

Monday, August 23, 2010

Kuih Sagoo

Sana- sini ada kuih ni.. kita pun nak join jugak .. anak2 memang tak pandang langsung kuih ni.. so kene lah layan kuih ni dgn en hb jer.. huuuuu

Resepi copypaste dari dapur dik ika bangkok tu.. Resepi asal kat MyR dr MAMA KASTAM TIOMAN ... Terima kasih...


KUIH SAGOO @ BRONOK

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah>>kaler hijau
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose>>Ganti dgn pandan paste
Cara-caranya:-

- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin